Me and Myself



Wednesday, December 22, 2010

kalau fikir perak je, serabuk kepala otak aku.

assalamualaikum w.b.t. hello my dearest friends. hari ini, aku ingin melakukan sedikit exercise jari jemari ini dengan menaip tentang satu tempat yang panas, kelam kabut, serabut, kacau bilau, iaitu Sri Iskandar.. yaa.. mungkin bagi korang ada yang amat menyukai tempat ini, tapi bagi aku, tempat ini tak ubah seperti padang tandus di mana kita terpaksa bermusuhan untuk hidup. (cewaaah, ayat). macam2 masalah aku kalau kembali saja di tempat ini. satu jejak kaki aku ke Sri Iskandar, akan datang seribu masalah yang harus aku fikirkan seperti, pelajaran, transport, rumah sewa, makan, minum, macam2 lagi.

helmi dengar dan farhan cakap

kadang2 aku rasa aku malas dah nak survive lagi, lantak la apa nak jadi. sekarang ini, makin ramai member2 aku cabut dari course ini, menyebabkan morale aku makin down. betol la apa yang ada dalam lirik lagu hujan, teman datang dan juga pergi, ada juga yang kembali. sob3.. sedih bila hilang kawan, tapi kita yang ada ni kena la tabah. doa kan yang terbaik untuk mereka. mungkin bukan rezeki mereka disini.

helmi dengar, abg moshi2 dan farhan cakap

AZAM : untuk semester depan, aku nak kasik naik pointer aku, and hope tak ada yang gagurl lagi. hahahaha (ko nie, xpenah serius, maaf) doa2 kan aku supaya menjadi orang yang berguna ya! thanks bagi sedikit masa baca post yang tak seberapa ini, hope dapat tinggal kan pape komen yang membina untuk aku. thanks a lot! sudi2 lah jalan2 di blog aku ya!

qayyum dan farhan cakap.

Wednesday, December 15, 2010

update juga akhirnya.

assalamualaikum w.b.t. saya mengambil masa yang lama untuk meng-update blog saya. sebenarnya saya baru je dalam blog nie, so, saya masih baru untuk mencuba. di minta anda semua boleh memberi tunjuk ajar, khidmat nasihat dan semoga anda terhibur dengan blog saya ye. enjoy!

Monday, December 13, 2010

kugiran kegemaran ku! (HUJAN)

bertemu kita kembali dalam blog yang tak seberape ni. huhu saya sebagai raingers, dengan bangga kembang semangkok dan tanpa segan silu nya ingin mempromote album ke3 kugiran kegemaran saya iaitu HUJAN dengan tajuk album nya, Lonely Soldier Boys! (LSB). yaaaa... LSB, kebanyakan lagu2 di dalam album ini baru2 belaka, ada juga lagu lama dari band ini di beri nafas baru seperti lagu lonely soldier boys sendiri dan muda.

RAINGERS!

anggota Hujan terdiri daripada : Izad, Am, Noh, AG, dan Dimas

Lonely Soldier Boy!

saya dah tangkap cintan dengan band ni sejak dari bangku kerusi sekolah lagi, sewaktu di tingkatan4, lagu pagi yang gelap selalu menjadi ALARM untuk bangun pagi. (hihihi) kadang2 time sahur lagu ni gak yang best dengar, pagi yang gelap, kini sudah terang, huhu kemudian menyusul lagu2 seperti bila aku sudah tiada, aku skandal, dugaannya dan banyak lagi. band ini sebenarnya sudah lama bertapak di industri seni muzik kita cuma mereka lebih selesa bergerak secara underground seperti butterfingger dan sebagainya. sehingga ke hari ini, saya masih lagi meminati muzik2 indiependent kerana sama dengan jiwa memberontak saya. haha papepon. thanx sebab bagi masa baca post yang tak seberape ni. semoga kita bertemu lagi. go HUJAN go!!

Wednesday, November 3, 2010

kau pergi (WBG)


kita,
pernah bertemu,
di malam yang indah,
indah dan permai,

engkau,
ungkap kata cinta,
bintang menerangi,
hati ku yang sunyi,

(korus)
tapi,
kau pergi,
kau pergi,
tak berpaling lagi,

kini,
biar ku sendiri,
kau menjadi duri,
didalam hati ku,

aku,
mencari-cari,
erti kehidupan,
ciptaan tuhan.

(ulang korus)

Monday, October 11, 2010

aku sendiri

selamat tinggal semua.
selamat tinggal bodoh.
selamat tinggal sial.
selamat tinggal masalah.
selamat tinggal bumi.

Saturday, September 25, 2010

egokah aku (wali band)

ku tak pernah merasa,
gundah di hatiku ketika denganmu,
saat kau.. kau belai rambutku,
kau temani aku,

kau basuh lukaku,
kini semua berlalu,
karna engkau tak memilihku,

salahkah aku mencintaimu,
walau ku tahu ku tak dihatimu,
egokah aku memilikimu,
walau ku tahu kau tak memilihku,

ku harap tuhan,
cabut nyawamu,
agar tak ada yang milikimu,

sadarkah... kiniku tak rela,
indahkut'lah sirna,
mimpiku tak nyata,

kini semua berlalu,
kar'na engkau tak memilihku,

salahkah aku mencintaimu,
walau ku tahu ku tak dihatimu,
egokah aku memilikimu,
walau ku tahu kau tak memilihku,

ku harap tuhan,
cabut nyawamu,
agar tak ada yang milikimu, (2x)

ha... ha ya ya ya..
ha ya ya ya..

Thursday, September 16, 2010

pErAk, PeRaK, PERAK!


assalamualaikum pembuka kata, hari sudah raya ke-8 bersamaan 17/september/2010. lagi dua hari aku akan kembali ke perak darul redzuan. rasa tersangatlah malas untuk mengadap buku setelah sekian lama (baru dua minggu) tak pegang buku. naik je kelas ni akan ada satu lagi test yang telah TER-postponed sebelum raya. assignment pon boleh pulak buat2 lupa time raya ni, maklum lah, kalau nak raya, baik raya puas2 kan? ;) duit pon tak tahu nak korek mana ni, dah sengkek!! duit sewa rumah, bil air, bil api, motor lagi, utang along, mana mahu cari wang ni... apa boleh buat. tawakal jelah kalau dah sampai Sri Iskandar tu. hihihi~ apa2 pon, aku nak enjoy life aku kat perak tu, study rajin2, jawab exam dan MERDEKA! haha saat2 itu yang aku nanti kan. cuak gak kalau result turun macam saham. (adoi~) aku akan try yang terbaik untuk semester2 ni! chaiyok2! okeyh, sampai di sini sahaja celoteh saya pada pagi2 buta ni (5:04 a.m), semoga hari2 mendatang ni akan menjadikan aku lebih matang mengharungi segala musibah dengan tabah, insya-Allah, assalamualaikum w.b.t ~

Sunday, August 22, 2010

sabtu (21/8/2010) saya dan bantal busuk saya ( khairunnisa ) pergi jalan, shopping di sekitar Bangi. pergi bazar beli mertabak, taufu fa, air pe ntah, dan yang paling penting kuih pelita. sampai je kat kereta, ada sorang budak tak puasa ni selamba je makan kuih tuh depan orang puasa. isk3~ tak patot. berbuka bersama di Pizza Hut. orang tak puasa tu pon buat berlakon puasa, (nak makan pizza punya pasal) sanggup tunggu orang lain buka. hahahaha sayang awak masam!

Friday, July 30, 2010

hanya dia dalam hidup ku.


Khairunnisa Basri

dia gemuk masam saya!


dalam sedih gembira, suka duka, sakit sihat, jaga lena, sentiasa dia di sisi ku.


Friday, July 23, 2010

part2!






tak payah banyak cakap. korang tengok jela gambar2 nih. menarik kan??

Friday, July 2, 2010

pulang ke tempat asal kuh!



hihihihi saat yang di nanti hampir tiba. tepat pokol930 esok aku akan berangkat ke Sri Iskandar, Perak untuk sambung pelajaran semester ke-2. perasaan aku happy, syok, pening, gelabah, sedih, semua ada. hahaha malas pon ada pasal dengar cerita semester2 ni banyak plak keja lua klas.. adoi~ pening gak nak carik umah sewa. mati2 aku ingat aku dpat kolej. adoi~ sedih2. xpe, hidup lua kampus lg best aku rasa. hahahaha~ enjoy xingat dunia la aku pasni!!! ;))

Wednesday, June 30, 2010

The Arsenal Legends from left : Ian Wright, Tony Adams, Lee Dixon, David Seaman, Dennis Bergkamp, Patrice Vieira, Fredrik Lyungberg, Sol Campbell, Robert Pires, THIERRY HENRY, francesc fabregas, theo walcott

Monday, June 28, 2010

Demam bola World Cup 2010.


aku tak terkecuali terkena wabak ini yang telah di jangkiti oleh hampir semua manusia di bumi ini. aku mula menonton World Cup (WC) sejak 1998 yang berlangsung di France. Ketika itu aku mula mengenali Zidane, Theirry Henry, Ronaldo, dan pemain2 yang beraksi ketika itu. sejak dari itu lah aku meminati pasukan France dan arsenal kerana tertarik dengan corak permainan pemain serba boleh Thierry Henry. pada tahun ini, WC 2010 yang di adakan pertama kali di benua Afrika, pasukan favourite aku telah merosot jatuh kerana menpunyai konflik dalaman di dalam pasukan. ada juga sumber yang mengatakan coach pasukan France tidak memilih pemain pasukan France dengan saintifik atau lebih menyeluruh. setelah France tersingkir awal, aku telah memilih Argentina sebagai second team aku kerana mempunyai pemain yang begitu berkebolehan seperti Messi, Huguain, dan tevez. aku harap Argentina tidak menghampa kan aku kali ini. peteh Argentina peteh! ;)

Sunday, June 27, 2010

miss my campus life


hari-hari yang membosan kan. kalau cuti je mesti camni. bangun lewat, mandi lewat, makan lewat, tidur pon lewat. tapi kalau kat SI (Sri Iskandar), ada je projek nak buat tiap masa, sampai takde masa plak nak rehat. malam plak kompem2 merempat kat kedai mamak rahman meng-online sampai tak ingat dunia! pastu kadang-kadang nak release tension sangat g CC terus, jamming ke, melalak sampai suara pecah!! memang best la aktiviti harian di UiTM SI. tak sabar nak balik and enjoy life kat SI! (tak fikir nak belajar langsung!) ;p